Thursday 21 March 2019

5 Cara Sebenar Yang Berkesan Kurangkan Jerawat Seawal 7 Hari

Ramai yang tak tahu, apakah cara sebenar yang berkesan mengurangkan jerawat seawal 7 hari! Hari ini saya dedahkan kepada anda 5 cara sebenar yang berkesan kurangkan jerawat yang dilakukan oleh Duta produk kecantikan Antarabangsa.



1. Pencuci (Cleanse) - Cuci muka sekurang - kurangnya 2 kali sehari menggunakan water & gel based cleanser. Ini kerana pencuci jenis adalah sesuai dengan semua jenis kulit dan teksturnya lembut pada kulit.

2. Pengelupasan (Exfoliates) - Pilih cleanser atau pencuci yang mempunyai bahan pengelupasan (exfoliator) seperti Glycolic Acid & Salicylic Acid. Pengelupasan ini amat perlu untuk membuat sel mati pada kulit anda yang menjadi punca utama kulit berjerawat.

3. Toner - Bagi liang pori yang terbuka luas dan warna kulit tidak sekata, gunakan Toner jenis non-alcohol untuk mengelakkan kerengsaan dan kemerahan pada kulit.

4. Pelembap (Moisturiser) - Sentiasa menggunakan pelembap jenis lotion, gel bagi mengelakkan kulit kita kering dan terlalu berminyak. 

5. Perlindungan (Protection) - Perlindungan itu penting. Jadi gunakan sunblock yang mengandungi SPF 30 (minimum) dan juga mempunyai anti-penuaan (PA) yang mempunyai level perlindungan yang tinggi seperti SPF 30 PA++ untuk perlindungan secara medium atau SPF 30 PA+++ untuk perlindungan maksimum.

Bluebell Skincare adalah set skincare lengkap mengandungi Cleanser jenis gel based yang sesuai dengan semua jenis kulit, dan moisturiser jenis lotion yang sesuai dengan kulit kering, kombinasi dan berminyak.


Dilengkapi dengan Serum Perfect Radiance menjadi "booster" yang menjadikan kulit anda sihat, bersih dan berseri. Whatsapp kami sekarang di 0193568850 untuk mendapatkan konsultasi percuma dan SAMPLE PERCUMA!


Tuesday 27 December 2016

Cara Cepat Menghilangkan Jerawat & Jeragat

Cara Cepat Menghilangkan Parut Jerawat & Jeragat Secara Semula Jadi

Sering kali kita akan didatangi masalah kulit seperti jerawat. Tidak cukup dengan itu, kita juga perlu menghadapi masalah parut jerawat yang sukar untuk dihilangkan.

Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan bagi menghilangkan parut jerawat degil sama ada melalui pembedahan laser, menggunakan produk-produk kecantikan mengikut rekomendasi doktor atau produk sedia ada di pasaran dan secara tradisional (semula jadi).

Rawatan secara semula jadi sememangnya jauh lebih murah kerana kebiasaanya bahan-bahan mudah diperolehi daripada dapur rumah anda.

GUNA KULIT LIMAU

Kandungan vitamin C dan AHA yang tinggi terdapat dalam kulit limau terbukti mampu membersihkan pori-pori kulit yang memerangkap debu dan kotoran. Gabungan vitamin C dan AHA ini juga dapat membantu menghilangkan sel-sel kulit mati. Amalkan setiap hari dan dalam masa beberapa minggu untuk mendapatkan kulit wajah bebas daripada parut jerawat.
  1. Jemur kulit matahari di bawah matahari selama beberapa hari sehingga kering
  2. Hancurkan atau kisar kulit limau sehingga menjadi serbuk
  3. Tambah air pada serbuk kulit limau dan adun sehingga sebati
  4. Ratakan sebatian kulit limau itu pada wajah yang berjerawat dan biarkan selama 5-10 minit
  5. Bilas muka dengan air sehingga bersih

GUNA LEMON

Kulit kita memiliki sistem kolagen tersendiri dimana berfungsi sebagai pembentukan sel kulit baru bagi menggantikan sel-sel kulit yang telah mati. Namun, setiap individu mengalami perbezaan yang ketara dari segi penghasilan kolagen bergantung kepada faktor pemakanan dan juga aktiviti seharian.

Tidak ramai yang tahu bahawa lemon dapat meransang penghasilan kolagen pada kulit dan pembentukan sel kulit baru. Penggunaan lemon juga adalah salah satu cara memutihkan kulit dan menghilangkan parut jerawat di wajah anda.
  1. Ambil sebiji lemon dan tekankan lemon untuk mendapatkan lebih banyak perahan
  2. Potong kepada dua bahagian, kemudian perah jus lemon kedalam bekas
  3. Sapu perahan lemon pada kawasan parut jerawat di muka
  4. Biarkan selama 15-20 minit, bilas muka sehingga bersih dan keringkan dengan tuala bersih
  5. Amalkan sekali setiap hari dan gunakan pelembab setelah selesai kerana perahan lemon mampu membuatkan kulit menjadi kering

GUNA BAWANG PUTIH

Masalah kulit muka yang berjerawat juga boleh diselesaikan dengan menggunakan bawang putih. Tidak percaya bukan? Bawang putih mengandungi anti oksida dan anti bakteria yang mampu mengecutkan dan menghilangkan jerawat sekaligus membantu mengurangkan parut jerawat di wajah anda.

Tahukah anda bawang putih sudah lama digunakan dalam tradisi rawatan Ayurveda untuk tujuan kecantikan dan kesihatan kulit. Jadi, jika anda merasakan produk sedia ada di pasaran tidak berkesan menghilangkan parut jerawat anda, cuba atasi masalah anda dengan manfaat yang terdapat pada bawang putih ini. 

Tumbuk 1-2 ulas bawang putih dan sapukan pada bahagian kulit muka yang bermasalah. Kemudian bilas muka dengan air sehingga bersih.

GUNA MASKER ALPUKAT DAN MADU


Alpukat atau lebih dikenali sebagai avocado kaya dengan nutrisi yang berupaya melindungi kulit dari sinaran matahari yang boleh menyebabkan parut jerawat semakin teruk. Madu pula dapat membantu meningkatkan proses pembetukan sel kulit baru dan mengurangkan radang pada kulit.
  1. Ambil sebiji alpukat dan kerat kepada dua bahagian
  2. Ambil isi buah alpukat dan letakkan dalam sebuah bekas 
  3. Hancurkan atau lenyek alpukat dan gaulkan dengan madu. kemudian perah sedikit lemon ke dalam adunan
  4. Ratakan sebatian ke seluruh permukaan wajah dan biarkan sehingga 15-20 minit
  5. Bilas dengan air dan keringkan permukaan wajah
  6. Amalkan sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali seminggu untuk kesan yang lebih memberansangkan
GUNA BAKING SODA
Baking soda adalah salah satu cara untuk membantu menghilangkan jerawat dan ianya sangat mudah didapati mahupun dari dapur anda. Bertindak sebagai ejen pengupasan dan mengurangkan lebihan minyak, kotoran dan sel-sel kulit mati di permukaan wajah anda.
  1. Gaulkan satu sudu baking soda dengan sedikit air dan perahan lemon
  2. Bilas muka anda dan biarkan kulit dalam keadaan sedikit lembab. 
  3. Ratakan sebatian baking soda ke muka dan biar kering dalam beberapa minit. Peringatan, jangan biar terlalu lama kerana kulit akan menjadi kering dan mengalami iritasi
  4. Kemudian, bilas muka dengan air
  5. Amalkan sebanyak 2 kali sehari untuk kesan yang cepat.
Bonus: Disini beberapa tips mudah untuk menghilangkan parut jerawat anda agar mendapat keputusan yang menakjubkan
  1. Kurangkan terdedah dengan sinaran matahari
  2. Elakkan mencuci muka dengan menggunakan air panas
  3. Elakkan dari memicit jerawat
  4. Ambil kuantiti air yang mencukupi
  5. Pastikan tidur yang mencukupi dan elakkan berjaga sepanjang malam
  6. Melakukan aktiviti senaman badan yang teratur

Nak Cara Lagi Cepat Hilangkan Jerawat & Jeragat?

Bluebell Radiance Series diformulasikan bagi menaikkan seri wajah secara dalaman dan semula jadi. Rumusan dari Licorice dan Kojic Acid ini juga dapat membantu mencerahkan  kulit anda serta melambatkan proses penuaan serta menghilangkan parut jerawat dan jeragat.

KLIK SINI INFO MENGENAI BLUEBELL RADIANCE SERIES

Petua Cepat Memutihkan Kulit Wajah

Kulit yang putih gebu dan licin memang menjadi idaman setiap orang dan kini terdapat banyak cara untuk mendapatkannya, secara semula jadi atau produk yang sedia ada di pasaran. Tetapi, apa yang kita perlu tahu ialah tak semua orang memiliki kulit yang sama dan begitu juga dengan kesan terhadap individu mungkin akan berbeza.

Saya senaraikan beberapa petua memutihkan kuilt secara tradisional (semula jadi), terpulang pada anda untuk memilih yang mana satu berkesan untuk anda.

1. MINUM AIR SUAM



Pertama sekali minum air suam yang banyak. Pastikan anda minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari bagi memastikan fungsi dalaman anda berfungsi dengan baik. Sengaja saya letakkan minum air suam pada petua pertama kerana kita selalu ambil ringan dengan perkara ini. Badan memerlukan air yang banyak setiap hari bagi menggantikan sel-sel yang mati dan ianya bergantung pada aktiviti seharian anda. Jika banyak berpeluh maka minumlah banyak air.

Tanya pada penjual produk penapisan air, sudah tentu mereka lebih arif tentang ini, minum air bersih merupakan perkara asas memutihkan kulit. Bila kandungan air dalam badan cukup, kulit jadi cantik. Jangan malas minum air lagi lepas ini.

2. GUNA AIR BERAS



Petua kedua adalah dengan mengunakan air basuhan beras. Ramai sedia maklum bahawa beras merupakan makanan ruji kita, namun kurang yang mengetahui air beras juga boleh digunakan untuk memutihkan kulit. Amalkan sekurang-kurang sehari sekali, bergantung pada kekerapan memasak, dan kulit anda akan lebih putih dalam hanya beberapa minggu sahaja. Jadi lepas ini, janganlah dibuang terus air basuhan beras itu, boleh guna untuk memutihkan kulit anda.

3. GUNA PUTIH TELUR


Cara seterusnya ialah dengan mengunakan putih telur sebagai masker malam. Pertama sekali pecahkan telur dan ambil putihnya sahaja, kemudian ambil limau nipis yang telah dikerat dan perahkan beberapa titis ke dalamnya. Gaulkan dan ratakan pada seluruh muka. Sambil tunggu kering tu bolehlah anda menonton filem atau drama di rumah. Tetapi jangan lupa bersihkan muka anda sebelum anda masuk tidur. Amalkan sebanyak seminggu sekali dan akan lihat kulit anda lebih putih 

4. GUNA TIMUN



Ambil sebiji timun dan kerat hujung timun itu. Asah keratan timun itu pada permukaan yang telah dipotong sehingga mengeluarkan getah. Sapu getah itu pada permukaan kulit wajah sehingga rata. Kerat lebihan timun itu menjadi kepingan dan susun pada permukaan kulit wajah. Lakukan dalam posisi baring. Fungsinya untuk menyejukkan kulit muka dan menjadikan kulit muka lebih putih. Sebiji timun boleh digunakan sebiji sehari.

5. GUNA BIJI TOMATO


Tomato lebih murah daripada timun dan sudah tentu lebih banyak manfaatnya kepada kulit kita. Selain merupakan makanan yang berkhasiat, tomato juga adalah sumber vitamin C dan A yang mudah untuk keperluan badan kita.

Gabungan vitamin dan beta- keratin bertindak sebagai anti oksida yang meneutralkan free radical dalam darah  kita. Ianya amat merbahaya dan boleh menyebakan sel-sel tubuh badan terutama sekali sel kulit kita mati. Ambil sebiji tomato, dan ratakan seluruh permukaan dengan air suam. Kerat menjadi dua bahagian dan cicahkan dengan gula.

Sebiji tomato boleh guna dua kali sehari. Sapukan pada permukaan kult dengan perlahan dan biarkan selama 5-10 minit. Amalkan dan kulit anda akan lebih putih dalam masa beberapa minggu sahaja.

6. GUNA LIDAH BUAYA
Anda boleh mengamalkan menyapu sedikit lendir lidah buaya pada permukaan kulit sebelum tidur kerana bukan sahaja melicinkan kulit malah kulit anda akan menjadi lebih putih. Ulang pada setiap malam dan anda pasti melihat perubahan  kulit anda dalam masa berberapa minggu.

7. GUNA LIMAU NIPIS

Petua memutihkan kulit seterusnya adalah dengan mengunakan limau nipis. Hiris sedikit sebiji limau dan ratakan air limau tersebut pada permukaan kulit dan  biarkan selama 30 minit. Sesuai diamalkan setiap hari dan perubahan dapat dilihat dalam beberapa minggu.

Bonus: Tips terakhir cara memutihkan kulit secara semula jadi selain petua mudah yang boleh didapatkan dari dapur rumah anda adalah dengan elakkan kulit anda dari terdedah dengan sinaran matahari terik. 

Pemutih kulit wajah yang sesuai untuk semua jenis kulit. 


Bluebell Radiance Series mengandungi Salicylic Acid dan Glycolic Acid untuk mengatasi masalah kulit kering dan juga berminyak serta jerawat. Ia juga membantu membuang sel-sel mati pada kulit muka anda dan wajah anda akan lebih putih, berseri dan tidak berminyak. 

Diperkaya dengan Licorice membantu kulit untuk tampil lebih cerah dan berseri sepanjang hari. Bertindak sebagai asas solekan dan melindungi kulit anda daripada sinar UVA & UVB.

KLIK SINI INFO MENGENAI BLUEBELL RADIANCE SERIES

T.Kasih Daripada Blog Kulit Wajah Suci

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatu.

Daripada:

Admin Blog Kulit Wajah Suci

Saya Xhan, admin blog kulit wajah suci mengucapkan terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya yang tidak seberapa ini. Blog saya ini bertujuan untuk memberikan tips-tips, petua, cara cepat untuk memutihkan kulit muka atau wajah, membersihkan wajah daripada segala kotoran seperti jerawat, bintik hitam dan sebagainya.

Saya harap pembaca blog saya ini dapat manfaat daripada posting-posting saya nanti dan terus berikan sokongan kepada saya untuk sentiasa berkongsi tips-tips baru dan lain-lain di dalam blog ini. Selain itu, saya juga akan perbanyakkan program-program seperti Contest SEO, GIVEAWAY dan sebagainya untuk memeriahkan lagi blog saya dan juga mengeratkan silaturrahim sesama kita.

Sekian terima kasih.
Xhan Xeli
www.xhanxeli.com