Tuesday 27 December 2016

Petua Cepat Memutihkan Kulit Wajah

Kulit yang putih gebu dan licin memang menjadi idaman setiap orang dan kini terdapat banyak cara untuk mendapatkannya, secara semula jadi atau produk yang sedia ada di pasaran. Tetapi, apa yang kita perlu tahu ialah tak semua orang memiliki kulit yang sama dan begitu juga dengan kesan terhadap individu mungkin akan berbeza.

Saya senaraikan beberapa petua memutihkan kuilt secara tradisional (semula jadi), terpulang pada anda untuk memilih yang mana satu berkesan untuk anda.

1. MINUM AIR SUAM



Pertama sekali minum air suam yang banyak. Pastikan anda minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari bagi memastikan fungsi dalaman anda berfungsi dengan baik. Sengaja saya letakkan minum air suam pada petua pertama kerana kita selalu ambil ringan dengan perkara ini. Badan memerlukan air yang banyak setiap hari bagi menggantikan sel-sel yang mati dan ianya bergantung pada aktiviti seharian anda. Jika banyak berpeluh maka minumlah banyak air.

Tanya pada penjual produk penapisan air, sudah tentu mereka lebih arif tentang ini, minum air bersih merupakan perkara asas memutihkan kulit. Bila kandungan air dalam badan cukup, kulit jadi cantik. Jangan malas minum air lagi lepas ini.

2. GUNA AIR BERAS



Petua kedua adalah dengan mengunakan air basuhan beras. Ramai sedia maklum bahawa beras merupakan makanan ruji kita, namun kurang yang mengetahui air beras juga boleh digunakan untuk memutihkan kulit. Amalkan sekurang-kurang sehari sekali, bergantung pada kekerapan memasak, dan kulit anda akan lebih putih dalam hanya beberapa minggu sahaja. Jadi lepas ini, janganlah dibuang terus air basuhan beras itu, boleh guna untuk memutihkan kulit anda.

3. GUNA PUTIH TELUR


Cara seterusnya ialah dengan mengunakan putih telur sebagai masker malam. Pertama sekali pecahkan telur dan ambil putihnya sahaja, kemudian ambil limau nipis yang telah dikerat dan perahkan beberapa titis ke dalamnya. Gaulkan dan ratakan pada seluruh muka. Sambil tunggu kering tu bolehlah anda menonton filem atau drama di rumah. Tetapi jangan lupa bersihkan muka anda sebelum anda masuk tidur. Amalkan sebanyak seminggu sekali dan akan lihat kulit anda lebih putih 

4. GUNA TIMUN



Ambil sebiji timun dan kerat hujung timun itu. Asah keratan timun itu pada permukaan yang telah dipotong sehingga mengeluarkan getah. Sapu getah itu pada permukaan kulit wajah sehingga rata. Kerat lebihan timun itu menjadi kepingan dan susun pada permukaan kulit wajah. Lakukan dalam posisi baring. Fungsinya untuk menyejukkan kulit muka dan menjadikan kulit muka lebih putih. Sebiji timun boleh digunakan sebiji sehari.

5. GUNA BIJI TOMATO


Tomato lebih murah daripada timun dan sudah tentu lebih banyak manfaatnya kepada kulit kita. Selain merupakan makanan yang berkhasiat, tomato juga adalah sumber vitamin C dan A yang mudah untuk keperluan badan kita.

Gabungan vitamin dan beta- keratin bertindak sebagai anti oksida yang meneutralkan free radical dalam darah  kita. Ianya amat merbahaya dan boleh menyebakan sel-sel tubuh badan terutama sekali sel kulit kita mati. Ambil sebiji tomato, dan ratakan seluruh permukaan dengan air suam. Kerat menjadi dua bahagian dan cicahkan dengan gula.

Sebiji tomato boleh guna dua kali sehari. Sapukan pada permukaan kult dengan perlahan dan biarkan selama 5-10 minit. Amalkan dan kulit anda akan lebih putih dalam masa beberapa minggu sahaja.

6. GUNA LIDAH BUAYA
Anda boleh mengamalkan menyapu sedikit lendir lidah buaya pada permukaan kulit sebelum tidur kerana bukan sahaja melicinkan kulit malah kulit anda akan menjadi lebih putih. Ulang pada setiap malam dan anda pasti melihat perubahan  kulit anda dalam masa berberapa minggu.

7. GUNA LIMAU NIPIS

Petua memutihkan kulit seterusnya adalah dengan mengunakan limau nipis. Hiris sedikit sebiji limau dan ratakan air limau tersebut pada permukaan kulit dan  biarkan selama 30 minit. Sesuai diamalkan setiap hari dan perubahan dapat dilihat dalam beberapa minggu.

Bonus: Tips terakhir cara memutihkan kulit secara semula jadi selain petua mudah yang boleh didapatkan dari dapur rumah anda adalah dengan elakkan kulit anda dari terdedah dengan sinaran matahari terik. 

Pemutih kulit wajah yang sesuai untuk semua jenis kulit. 


Bluebell Radiance Series mengandungi Salicylic Acid dan Glycolic Acid untuk mengatasi masalah kulit kering dan juga berminyak serta jerawat. Ia juga membantu membuang sel-sel mati pada kulit muka anda dan wajah anda akan lebih putih, berseri dan tidak berminyak. 

Diperkaya dengan Licorice membantu kulit untuk tampil lebih cerah dan berseri sepanjang hari. Bertindak sebagai asas solekan dan melindungi kulit anda daripada sinar UVA & UVB.

KLIK SINI INFO MENGENAI BLUEBELL RADIANCE SERIES

2 comments:

  1. petua dan tips yang sgt bgus dan berkesan...untuk mengetahui tip memutihkan wajah yang lain bolehlah klik di sini http://kulitwajahsuci.blogspot.my/2016/12/cara-cepat-menghilangkan-jerawat-jeragat.html

    ReplyDelete
  2. kunjungi juga blog kesehatan untuk lebih tau tentang tips dan info seputar kesehatan
    http://www.yrss.web.id/

    ReplyDelete